Sinar-X atau X-ray merupakan salah satu daripada sinaran elektromagnet. Sinar-X ini mempunyai bentuk yang serupa dengan sinar cahaya biasa, inframerah dan gelombang radio; yang berbeda cuma dari segi panjang gelombangnya saja. Sinar-X mempunyai gelombang yang pendek berukuran 10-7 hingga 10-9.
Sinar-X (atau X-ray) ditemukan oleh seorang Profesor Fisika berbangsa Jerman yang bertugas di Universitas Wurzburg, Bavaria, Wilhelm Conrad Röntgen pada 8 November 1895. Beliau menemukan sinar ini mempunyai kemampuan yang menakjubkan yaitu menghasilkan gambar di atas filem fotografi yang dapat menembusi kulit, pakaian dan logam.
Meneruskan penelitian nya, Roentgen mendapati unsur garam barium platinosianida yang bersinar apabila di letakkan berdekatan dengan tabung sinar katod yang ditutup. Ia juga mendapati plat foto yang ditutup diletakan berdekatan dengan sinar katod akan menjadi hitam. Dari sini dia menyimpulkan dapat di ciptakan sinar-X tidak boleh dilihat, bergerak dalam garis lurus dan mempunyai daya penembusan yang tinggi, yaitu dapat menembusi objek yang padat bagi sinar cahaya biasa. Wilhelm Conrad Röntgen yang lahir pada 25 Mac 1845 adalah orang yang mula-mula menemuikan sinar-X.
Selepas itu, Roentgen menunjukkan sinar ini datang dari dinding kaca berpendaflour cahaya apabila sinar katod terkena padanya. Untuk mengesahkan penemuan ini, beliau telah menjalankan satu eksperimen ringkas. Dalam eksperimen ini beliau meletakkan satu layar yang di lapisi dengan barium platinosianida dalam lintasan sinar-X. skrin ini di dapati bersinar apabila terkena pada sinar-X ini. Dengan meletak tangan beliau diantara tabung sinar katod dan layar, satu bayang tangan dengan tulang-tulang di dalamnya jelas terlihat dalam layar ini. IHal ni dapat membuktikan bahawa sinar-X yang keluar dari tabung sinar katod mempunyai kekuatan yang dapat menembus dengan resolusi yang tinggi.
No comments:
Post a Comment